Showing posts with label .muhasabah.. Show all posts
Showing posts with label .muhasabah.. Show all posts

13.12.11

No guilt, No worrying...

"No amount of guilt can change the past and no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself, for the outcome of all affairs is determined by Allah's decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come your way, but if it is yours by destiny from you it cannot flee."


-Umar ibn Al Khattab r.a





# Banyak perkara lagi yang aku perlu belajar. Aku harus banyak mencari. Wahai hati, fahamilah apa itu erti bersabar. Hindarkan rasa egomu, supaya aku dapat terus kritis berfikir. Tenangkan jiwa dan tenangkan hati..

11.12.11

Hati.

"Carilah hatimu pada tiga tempat.
Cari hatimu sewaktu membaca Al-Quran.
Jika tidak kau temui, carilah ia ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.
Jika tidak juga kau temui, maka berdoalah kepada Allah, meminta 'hati yang baru'
kerana hakikatnya ketika itu engakau tidak mempunyai hati"

-Imam AlGhazali-

23.11.11

Syukur .

Hanya satu kata, ALHAMDULLILAH
aku masih ada emak, kakak, abang dan mereka-mereka yang menyayangi aku.
dan
syukur
Aku hidup dalam agama sejatiku ISLAM.


Terima kasih ALLAH :)

23.8.11

Terdetik.

Assalamualaikum.

Kemarau Di Hati-Mestica

Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu

Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata

Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu

Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati

Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu...

Rindu Arwah abah..
Al-Fatihah buat abah (2.6.1947-20.2.2007). 
Semoga rohnya di tempatkan bersama orang yang beriman. AMIN.

1.4.11

Patah balik.

"Kerana sejarah dipatah balik aku disini..."

........................

Patah balik tidak ada dalam kamus hidup.
Patah balik hanya mendukakan,
mengecewakan dan
menyedihkan.

........................


Namun
jangan cuba padamkan dan menyalahkan sejarah patah balik. 

Apa yang pasti kita perlu berterima kasih kepada patah balik yang banyak mengajar kita liku-liku hidup sekarang

dan 

cuba tidak berada kembali diposisi tersebut.


21.1.11

. misi ke puncak .

Pening.
Itulah situasi aku ketika sedang menaip papan kekunci "lappy" ni. Hampir 3 minggu sudah aku melalui hari2 di segar amat ini. Kelas berjalan seperti biasa dan tiada ada apa-apa rasanya yg perlu dibicarakan tentang hal ini.


Misi ke puncak.
Tajuk secara tidak sengaja melarikan diri dari landasan. Tapi mungkin baris-baris seterusnya ada mengaitkan diri dengan tajuk post hari ini. Ok, aku mulakan cerita.


Semalam, telah aku catatkan nota yg menyatakan ada 4 assignment yg perlu aku uruskan sebelum due datenya diatas sehelai kertas A4 putih dan aku tmpalkan di soft board.
Aku terdiam.
Semuanya masih belum ada stimulation untuk aku memulakan perjalanan masing2 untuk ke "level" yg seterusnya. Kerja bertangguh. Itulah aku.


Aku terfikir...
Misi untuk ke puncak sepatutnya perlu aku perkukuhkan lagi secara "efisyen" supaya aku tidak akan terhuyung-hayang dengan anasir-anasir luar seperti ini ( eg: belog, tumblr, muka buku, etc. ) Aku patut sedar. Aku bukan nak ulang sejarah dahulu kala, bukan ?
Soalan: Adakah anda mahu pisang berbuah 2 kali ? 
Jawapan: Oh, absolutelynya tidak ! 


Maka, jika jawapannya begitu misi ke puncak harus diteruskan. Matlamat dasar mesti jelas dan anasir-anasir luar harus diketepikan seketika. yaah !  


Sekian.




"Speed is the new currency of business"

Misi ke puncak. ada kaitan kah ?