Showing posts with label .nothing.. Show all posts
Showing posts with label .nothing.. Show all posts

2.4.11

. surat cinta untuk cinta .

Wahai cinta lama,
mungkin aku akan meninggalkan kau. 
Disaat aku memerlukan kasih sayang kau, kau mahu putuskan aku jaah.
Tergamak kau melakukan kepada aku sebegitu rupa.


Sudah.
Aku tidak mahu bercerita pasal kesedihan.
Aku mahu bercerita pasal pengganti baru kau.
Dia
yang sangat memenuhi kriteria;
manja
sweeet
lovely
dan yang paling penting
sangat lajuuuu.
Terima kasih cinta baruku...






Streamyx Unifi ^_^


sayang kau lebih.hahaha..

.....................................




Monolog: wireless, aku akan tetap mencari kau jika keadaan terdesak. peace.:P

16.3.11

. ok, kita putus .

"Adik dah ada broadband?" 

Hari-hari aku lalu dekat sepeker corner
mesti ada abang beroadband sergah aku.

..tak  mau laa, aku suka guna wireless jaa. lagipun bukan selalu pun aku online..

dalam hati. Aku.

.................................

Hari ni aku tak tahu la kenapa
line wireless ni asyik putus-putus ja.


Demm. 


Aku rasa wireless ni memang nak mintak putus 
dengan aku.





FAKTA: Time aku nak publish post sekangkang kera ni, 8 kali wireless disconnect dengan aku dan 8 kali jua aku ngadhap benda alah kat bawah ni;





ya, dah 8 kali aku ngadhap kau jaa. Grrr...





Ok. fine 
kita putus.
Aku nak beli berodband dekat sepeker corner sana.

Merajuk. Baibai. T____T




Monolog: Aku beli sem depan lah. tapi aku tak janji. hii

14.3.11

. hang nak apa? .

Dan aku bertanya
Sudah
Hang nak apa?
Duduk diam-diam 
Jangan bikin parah
Tak mahu makin patah
Nanti terus lelah
huh.

13.3.11

. ok, i will try .

Salam .


Ok.
Tommorrow is my grammar test.
I will try to do my best.
Pray for me.


SWITCH


Ok.
Esok aku ada test grammar.
Aku akan cuba buat elok-elok.
Doakan aku.


dan


Doakan Segamat tak banjir balik. ehhh..





Monolog: Tiada bantuan drp Google Translate.  T___T






8.3.11

. Hey, rindu? piraah... .

Salam.
Eh entry apakah ini? Saja nak mengada tulis. (taiplaa)

Maaf.
Aku sebenarnya rindu.
Rindu seseorang yang aku pernah kenal.

Dulu.
Beberapa tahun lepas.
Sekarang dah lost contact.

Tahu.
Tak apalah kalau macam tu.

Entahlah dia ingat lagi aku ke tidak.
Ingat..Ingat.. (positive thinking)

Oh, macam mana boleh rindu tiba-tiba tanpa sebab ni
Eh, kenapa kita lost contact ea

TANDA SOAL

Entah.
Lantaklah. Tak payahlaa nak layan perasaan ni.
Tak paayaahh.

Demm. Demm. Demm. T__T

Tapi, aku rindulaah.




Ok dah. HEIWA. 

13.2.11

Post jiwaang : tutup sebelah mata

Tutup sebelah mata 
minda kata buka
hati kata tutup.


Bila tutup sebelah mata
sebelah nampak sebelah tidak.
Bila minda kata buka
nafsu terus mengiya.
Dan bila, hati kata tutup
aku terus setuju.


Ya, terima kasih.kata hati.

28.1.11

dan lepas ni 1 minggu aku cuti .

" Kalau kau telan biji tembikai, nanti tembikai tumbuh di dalam perut kau, tapi bagus juga, nanti emak tak payah beli tembikai di pasar lagi, boleh petik terus dari dalam perut kau."

petikan daripada buku Stingarden -Sinaganaga


ok.


setart esok aku cuti
cuti CNY
oh, dan lagi satu bnda
assignmet aku pun cuti tak cuti
huh..
tu je nak bgtahu.










sekian .




...dan jika gambar berangan yg tiada kaitan diatas menganggu pandangan ,
sila abaikan ya. hee. 
terima kasih :')

19.12.10

. yes .

hehe
ini bukan iklan internet YES tu ok.

tapi ,

Satu jawapan ilusi yang memang aku cari selama ini.

tapi ,

Mungkin benar.
Mungkin tidak.

16.12.10

. milo .

Sah , mmg sah 
aku lapaa


Tong gas kosong


Nasi ada 
lauk pulak yang takda


Tak apalah
makan biskut marie cicah milo lagi sedap 


mmm..
nyum nyum  :)

p/s: sambil layan lagu nothing in my way  by keane :DD

15.12.10

. hey .

Tak ada apa-apa cuma saja


Mahu menulis pnjng xreti


Cuma mahu interframe diri yang tak sebrapa ni 
haha..buat semak je yang aku reti


Berkata2 dua tiga patah je yang mampu 


Menyelang-yeli buat serabut lagi 


Dah la dayah stop la kat sini .
hmm....


ok, baii baii :D

23.9.10

. 30 things .


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


p/s: haha..xtaw knpa rasa cm nk trgelak.:D