OK.
Dulu. Masa aku darjah satu cam gi tu lah citer ini amek port. Aku suka "giler" makan "nasik hayam" (nasi ayam) kat satu kedai akak ni kat Wisma. Bila nak, aku suruh abah aku pergi beli. Time tu aku duduk JB.
Pada satu hari tu, tak silap hari khamis dan malam jumaat abah aku pun beli lah nasik hayam "feberet" kami ni. Mak aku pun suka. Tp aku tak tahu pulak lah abang aku suka ke tidak. tak pernah tanya.
Nasik hayam dah beli. Mak aku hidang. Aku xingat aku buat apa time tu. Tolong tengok je kot. Tehee.
Bila lauk nasik hayam dah dihidang (lauk nasik hayam : hayam, sambal merah dan sup) aku pun usha-usha lauk tu untuk makan malam. Telan-telan air liur di buatnya.
Fakta: Sunat bunuh cicak malam Jumaat.
Aku x ingat abah aku buat apa time tu. Maybe tengah solat kot. Tapi aku tahu abang aku buat apa. Dia lastik cicak. Aku tahu. Aku ingat. Sebab aku follow-follow dia. Banyak kali dia shoot tapi tak kena. Suka aku tengok. Excited.
"Paak.." tepat pada sasaran. Satu ekor cicak telah tumpas di tangan abang.
Woot woot. Berjaya!
Selang beberapa minit macam tu aku tak follow abang aku. Aku pergi mana tah. Lepas tu abah aku keluar dari bilik ajak makan. Aku pun sungguh la excited. Perut lapa. Terus aku pergi kat meja.
Aku tengok abang aku. Khusyuk lagi tu nak lastik cicak. Aku pun tengok ja. Aku dah duduk atas kerusi time tu. Abah masuk dapur basuh tangan. Mak ambik pinggan.
Aku tengok abang aku lagi. Aku tengok cicak tu . Abang aku lastik. "Taap"..Kena! tapi tak mati. Huhu.
Aku tengok siling. Cicak tu lari laju. Ekor dia dah tak ada.
Tak tertanya pulak aku ekornya ke mana.
..........
Lupa. Aku tak basuh tangan lagi. Aku masuk dapur. Basuh tangan. Aku keluar dari dapur. Perut aku dah tak tahan dah. Terus ceduk nasik dengan lauk.
Tiba-tiba..
"Plop..plop..plop"
"Bunyi apa tuh?" Tanya aku.
"Tu haa.." Abang jawab, sambil tunjuk jari ke arah mangkuk sup.
" Haaah?! Jawab aku.
Eeuuwww. GELI. Aku tengok. Ekor cicak menari-nari dalam sup nasik hayam feberet. Rasa mcm nak muntah aku. Hilang selera. Aku makan jugak nasik hayam uh. Ye la dah lapa kan. Tapi tak ingat habis ke tak.
Sampai sekarang aku ingat lagi kes ekor cicak uh. TRAUMA. Memang aku tak makan lepas tu sup terutama sekali sup nasik hayam. Jadi bila aku makan nasik hayam je dulu-dulu masa sekolah, mesti aku citer kat kawan-kawan aku. Motif? Entah. Tapi memang aku makan nasik hayam lepas tu tak akan ada la sup dengan aku. Confirm aku buang.
Tapi itu dulu. Masa aku darjah satu abang aku form six. Dah besar ni. Dah boleh telan dah. Dulu. Memang out.
..........
Aku tak tahu la abang aku punya version macam mana. Entah dia ingat ke tidak .Al-maklumlah, masa tu kan aku darjah satu abang aku form six. Citer dah "season" kaan. HAHA.
Sekian.
No comments:
Post a Comment