Showing posts with label .story.. Show all posts
Showing posts with label .story.. Show all posts

12.3.11

. mimpi itu indah. tapi... .

| mimpi |


Excited. Sem baru sudah bermula. Aku dapat duduk dibilik lama. SAB 005C. Ya, itu bilik aku. Aku pandang sekeliling semuanya sedang sibuk mengangkat barang masuk ke dalam bilik masing-masing. Tiada apa yang berubah. Semua masih sama.


Entah tiba-tiba..


Aku berada dalam bilik. Aku lihat dalam bilik aku dah ada orang masuk. Roomate baru. Dia tiada. Di meja, barangnya agak bersepah. Hurm.. Aku duduk dikatil aku. Dulu katil aku disebelah kiri. Kini disebelah kanan. Yang anehnya aku pasang cadar aku di katil sebelah kiri. Erk, dan cadar yang aku pasangkan tu cadar yang sama mcm aku guna sekarang.


Tanda soal


Aku jenguk pintu bilik aku. Ada tulis maklumat penghuni bilik. MUSYKIL. ( maklumat penghuni: nama dalam FB, senarai sekolah lama, jawatan disekolah dan gambar kelas dulu-dulu T______T )


Tanda soal ( tanda soal yang banyak )


Pelik. Kenapa aku punya roomate lelaki dan lelaki tu adalah...eh? GILA . Sejak bila UiTM ni suka hati campur-campurkan pelajar lelaki dengan perempuan. SUKA HATI jaa. ahh..


Kan aku dah kata ni mimpi jaa.


Ok. Aku masuk bilik balik. Tertanda tanya macamana kalau roomate aku tu masuk bilik.Tiba-tiba ada seseorang ketuk pintu. Aku syak roomate aku. Tapi seorang kakak dan ibu bapanya datang masuk. Aku beredar keluar tanpa berkata apa-apa. 


Terpana aku. Aku lihat blok belakang semua bilik ada lelaki dan perempuan. Di court ada sekumpulan pelajar lelaki hanya berseluar pendek main bola tampar la. Di suatu sudut pula. yang sedang bersembang-sembang. ADUH. Yang selebihnya tak mahu cerita. Karang panjang pulak. ( tiada unsur 18SX yaah )


Aku terdiam.


Kali ni handset aku berbunyi. Aku baca. Rupa-rupa kakak tadi hantar. Dia kata dia ambil barang dalam bilik tadi. Dulu dia bilik tu dan namanya erh.. tak ingat.


Lalu aku pergi ke bilik. Malangnya bilik aku seperti biasa terkunci (memang kenyataan pun pintu bilik aku tu bermasalah). Aku pergi ke bilik kawan aku. Mira.


Tapi, aku masuk bilik dia tiba-tiba mintak nak pinjam penyapu. Banyak pulak tu penyapu kat bilik dia. Dan aku ambil yang paling senonoh (yang baru). Dia kata itu kakak roomate dia punya yang bernama Izyan. ANEH. Roomate dia perempuan pulak. Lagi. Aku mintak kad dekat dia sebab pintu bilik akukan terkunci. Tapi Mira kata tak ada. Lalu aku ambil fail. FAIL.


Sampai didepan pintu bilik. 


Aku bukak dengan menggunakan FAIL tadi. Ya fail. 
Dan aku  masuk bilik dan lalu baring...


Tok..tok..tok..


|mamai|


Pintu aku diketuk. Lantas bangun. Laju ja aku bukak pintu. 
Terkejut aku rupa-rupanya si Mira kawan aku. Aku pelik. Bukan tadi aku pergi bilik dia ka? hah. Aku rasa geram sebenarnya. Dia kacau mimpi aku. Tergantung mimpi aku. Kan aku dah kata ni mimpi jaa.


HAHA.


....................................


Memang tak boleh accept mimpi aku tu. Boleh ke macam tu. PELIK. AJAIB. ANEH. LUAR BIASA etc. Aku sangat-sangat rasa mimpi tu macam real. 
Memang GILA.




FAKTA: Jangan tido selepas subuh. Kerana kemungkinan besar kalian juga akan mendapat mimpi macam tu  atau lagi daassaat daripada tu. HAHA.


Tapi.


Tidak salah untuk mencuba . Kan ?



18.2.11

. Please teach saya .

         The limits of my language means the limits of my world. 
Ludwig Wittgenstein

Please teach me. Aku malu. Kenapa ?

Situasi 1

Muet Test. 2009. SK Seri Ampangan (sekolah kawan aku)

Disscuss and choose the best about the Information Technology effects to the students.

"I think, computer game can effect the student study, lose their relationship with family, emm with friends, effects to the health and etc "..bla bla bla. (sambil sengih-sengih) -Aku cakap (candicate B)

"Oh, I think that it is also good. But I think social network and interactive entertainment on the internet also can give effects to the students. For example, a student open the You Tube and see the blue, blue one (sambil gelak-gelak) and its not good"..bla bla bla - Kawan aku (candidate c)

"Em..Ya I agree. The student will lose the attention on study. They will playing the game and what so ever (sambil senyum tengok-tengok aku).."bla bla bla - Kawan aku jugak (candidate A)

Situasi 2

Kelas BEL 260. I 301. 2011.

Choose a person that I admire most and present it.

Ok. Misz panggil aku.

"Assalamualaikum. Today I will present about a person that I admire most and the person that I admire is OPRAH WINFREY (sambil sengih-sengih tunjuk gambar Oprah). Who is she? .."  bla bla bla.

Sampai tengah-tengah presentation

"She is the strong women and wonderful. I think one reason why I want to be like her because he have the spirit and climb from bottom to the top. His spirit inspire me..." bla bla bla.

Situasi 3

Kelas BEL 260 lagi. I 301 lagi. 2011.

Speaking test practice.

Turn AKU.

"Assalamualaikum.In my opinion I think the best issue to be concern in our neighbourhood is speeding and reckless driving"..bla bla bla.

sampai tengah.

"For example, yesterday one of our neighbourhood son has been hit by a car. And this is soo danger.."


..........

Nampak tak. Aku adalah perosak bahasa. masih terkial-kial nak cakap "inggris". Tunggang langgang. Dak darjah 1 sekarang pun dah hebat cakap dari aku tau. Kalau dia dengar budak universiti cam aku ni la cakap, konpem dia cakap "apa laaaa..budak darjah satu lagi tereer laa.." 

Aku melutut. Please teach me. =___='

Mana taknya, akibat dari speaking muet yang kita orang cakap benda merapikk semua, keluar result tiga-tiga dapat BAND 2. Kenyataan.

Fakta: Nak masuk degree MMU at least Band 3. ( tak da kaitan dengan quitnya aku dari U itu)


Dalam dua-dua kelas BEL dua enam kosong pun sama. Vocab dah la out. Cakap suka hati je. Main langgar semua tiang. Cuma tak sakit je. Sebab bajet confident. kikikiki. 
Misz Yati selalu tegur aku. Grammar lari la. Tu la. Ni la. Aku perasan aku cakap salah. Tapi selamat ada confident. So, main cakap je la. Buat muka tak malu.

So, apa yang aku kena buat hah?

Pada satu ketika itu. Abang aku ada cakap nanti cuti sem lama masuk kelas Bahasa Inggeris ya. 
Aku. Dalam hati. Bilanye haa aku nak ambil lesen..

Abang aku tahu potensi aku. Dari dulu lagi. Mana taknya, dari dulu mana ada aku pernah dapat A dalam english. Masa UPSR pun B. PMR pun B. SPM pun B. Bukan A ya kawan-kawan.

Bila pikir-pikirkan balik, benar kenyataan abang aku tu. Dia pernah komen aku speaking tak betul. Aku sedar. Aku rasa memang aku kena cari inisetif lagi untuk improve.  

..........

Tulis belog dalam english.

Oh. Aku pernah buat gi tu dalam belog lama. Konon nak improve english. Tapi tak berkesan bagi aku. Rasa macam syiok sendiri je ha tulis dalam english. Bila tak paham semua harap google translate jaah. Semua student ala-ala aku ni sama ja. Tak tahu makna. Cari pak Google. Google translatekan ayat. huh. Hakikat.

Baca buku english.

Sering. Kak ipar aku banyak buku novel english. Dia rajin membaca orangnya. Selalu. Dia bagi novel kat aku. Aku baca tapi selalu separuh jalan. Aku rasa aku kena belajar cakap dan tulis macam orang seteror AnwarHadi laa. Tak pun dengan cik kak Hanis Zalikha ke. HAHA. Ada hati.

Tak payah jauh-jauh. Roomate kau tu kan ada . Erin.


MONOLOG :
Apa-apa pun usaha datang dari diri sendiri. Nak berjaya banyak cara. Usaha tu subjektif. Yang penting niat ikhlas. 
Insyallah.

Sekian.












17.2.11

. ekor .

Akhirnya. Entry ada kena mengena dgn tajuk. Bukan nak citer pasal ekor aku. Aku mana ada ekor laah.


OK.


Dulu. Masa aku darjah satu cam gi tu lah citer ini amek port. Aku suka "giler" makan "nasik hayam" (nasi ayam) kat satu kedai akak ni kat Wisma. Bila nak, aku suruh abah aku pergi beli. Time tu aku duduk JB.


Pada satu hari tu, tak silap hari khamis dan malam jumaat abah aku pun beli lah nasik hayam "feberet" kami ni. Mak aku pun suka. Tp aku tak tahu pulak lah abang aku suka ke tidak. tak pernah tanya.
Nasik hayam dah beli. Mak aku hidang. Aku xingat aku buat apa time tu. Tolong tengok je kot. Tehee.
Bila lauk nasik hayam dah dihidang (lauk nasik hayam : hayam, sambal merah dan sup) aku pun usha-usha lauk tu untuk makan malam. Telan-telan air liur di buatnya. 


Fakta: Sunat bunuh cicak malam Jumaat.


Aku x ingat abah aku buat apa time tu. Maybe tengah solat kot. Tapi aku tahu abang aku buat apa. Dia lastik cicak. Aku tahu. Aku ingat. Sebab aku follow-follow dia. Banyak kali dia shoot tapi tak kena. Suka aku tengok. Excited. 
"Paak.." tepat pada sasaran. Satu ekor cicak telah tumpas di tangan abang.
Woot woot. Berjaya!


Selang beberapa minit macam tu aku tak follow abang aku. Aku pergi mana tah. Lepas tu abah aku keluar dari bilik ajak makan. Aku pun sungguh la excited. Perut lapa. Terus aku pergi kat meja.
Aku tengok abang aku. Khusyuk lagi tu nak lastik cicak. Aku pun tengok ja. Aku dah duduk atas kerusi time tu. Abah masuk dapur basuh tangan. Mak ambik pinggan. 
Aku tengok abang aku lagi. Aku tengok cicak tu . Abang aku lastik. "Taap"..Kena! tapi tak mati. Huhu.
Aku tengok siling. Cicak tu lari laju. Ekor dia dah tak ada. 
Tak tertanya pulak aku ekornya ke mana.


..........


Lupa. Aku tak basuh tangan lagi. Aku masuk dapur. Basuh tangan. Aku keluar dari dapur. Perut aku dah tak tahan dah. Terus ceduk nasik dengan lauk.
Tiba-tiba..


"Plop..plop..plop"


"Bunyi apa tuh?" Tanya aku.


"Tu haa.."  Abang jawab, sambil tunjuk jari ke arah mangkuk sup.


" Haaah?! Jawab aku.


Eeuuwww. GELI. Aku tengok. Ekor cicak menari-nari dalam sup nasik hayam feberet. Rasa mcm nak muntah aku. Hilang selera. Aku makan jugak nasik hayam uh. Ye la dah lapa kan.  Tapi tak ingat habis ke tak.


Sampai sekarang aku ingat lagi kes ekor cicak uh. TRAUMA. Memang aku tak makan lepas tu sup terutama sekali sup nasik hayam. Jadi bila aku makan nasik hayam je dulu-dulu masa sekolah, mesti aku citer kat kawan-kawan aku. Motif? Entah. Tapi memang aku makan nasik hayam lepas tu tak akan ada la sup dengan aku. Confirm aku buang.


Tapi itu dulu. Masa aku darjah satu abang aku form six. Dah besar ni. Dah boleh telan dah. Dulu. Memang out.


..........


Aku tak tahu la abang aku punya version macam mana. Entah dia ingat ke tidak .Al-maklumlah, masa tu kan aku darjah satu abang aku form six. Citer dah "season" kaan. HAHA.


Sekian.