| mimpi |
Excited. Sem baru sudah bermula. Aku dapat duduk dibilik lama. SAB 005C. Ya, itu bilik aku. Aku pandang sekeliling semuanya sedang sibuk mengangkat barang masuk ke dalam bilik masing-masing. Tiada apa yang berubah. Semua masih sama.
Entah tiba-tiba..
Aku berada dalam bilik. Aku lihat dalam bilik aku dah ada orang masuk. Roomate baru. Dia tiada. Di meja, barangnya agak bersepah. Hurm.. Aku duduk dikatil aku. Dulu katil aku disebelah kiri. Kini disebelah kanan. Yang anehnya aku pasang cadar aku di katil sebelah kiri. Erk, dan cadar yang aku pasangkan tu cadar yang sama mcm aku guna sekarang.
Tanda soal
Aku jenguk pintu bilik aku. Ada tulis maklumat penghuni bilik. MUSYKIL. ( maklumat penghuni: nama dalam FB, senarai sekolah lama, jawatan disekolah dan gambar kelas dulu-dulu T______T )
Tanda soal ( tanda soal yang banyak )
Pelik. Kenapa aku punya roomate lelaki dan lelaki tu adalah...eh? GILA . Sejak bila UiTM ni suka hati campur-campurkan pelajar lelaki dengan perempuan. SUKA HATI jaa. ahh..
Kan aku dah kata ni mimpi jaa.
Ok. Aku masuk bilik balik. Tertanda tanya macamana kalau roomate aku tu masuk bilik.Tiba-tiba ada seseorang ketuk pintu. Aku syak roomate aku. Tapi seorang kakak dan ibu bapanya datang masuk. Aku beredar keluar tanpa berkata apa-apa.
Terpana aku. Aku lihat blok belakang semua bilik ada lelaki dan perempuan. Di court ada sekumpulan pelajar lelaki hanya berseluar pendek main bola tampar la. Di suatu sudut pula. yang sedang bersembang-sembang. ADUH. Yang selebihnya tak mahu cerita. Karang panjang pulak. ( tiada unsur 18SX yaah )
Aku terdiam.
Kali ni handset aku berbunyi. Aku baca. Rupa-rupa kakak tadi hantar. Dia kata dia ambil barang dalam bilik tadi. Dulu dia bilik tu dan namanya erh.. tak ingat.
Lalu aku pergi ke bilik. Malangnya bilik aku seperti biasa terkunci (memang kenyataan pun pintu bilik aku tu bermasalah). Aku pergi ke bilik kawan aku. Mira.
Tapi, aku masuk bilik dia tiba-tiba mintak nak pinjam penyapu. Banyak pulak tu penyapu kat bilik dia. Dan aku ambil yang paling senonoh (yang baru). Dia kata itu kakak roomate dia punya yang bernama Izyan. ANEH. Roomate dia perempuan pulak. Lagi. Aku mintak kad dekat dia sebab pintu bilik akukan terkunci. Tapi Mira kata tak ada. Lalu aku ambil fail. FAIL.
Sampai didepan pintu bilik.
Aku bukak dengan menggunakan FAIL tadi. Ya fail.
Dan aku masuk bilik dan lalu baring...
Tok..tok..tok..
|mamai|
Pintu aku diketuk. Lantas bangun. Laju ja aku bukak pintu.
Terkejut aku rupa-rupanya si Mira kawan aku. Aku pelik. Bukan tadi aku pergi bilik dia ka? hah. Aku rasa geram sebenarnya. Dia kacau mimpi aku. Tergantung mimpi aku. Kan aku dah kata ni mimpi jaa.
HAHA.
....................................
Memang tak boleh accept mimpi aku tu. Boleh ke macam tu. PELIK. AJAIB. ANEH. LUAR BIASA etc. Aku sangat-sangat rasa mimpi tu macam real.
Memang GILA.
FAKTA: Jangan tido selepas subuh. Kerana kemungkinan besar kalian juga akan mendapat mimpi macam tu atau lagi daassaat daripada tu. HAHA.
Tapi.
Tidak salah untuk mencuba . Kan ?
4 comments:
sengal yayayahhhhhhhhhhhhh
")
hahaha.
just a dream.
jom la join.
;D
hahaha .yes .terbahak -bahak .dan berdekah -dekah aku membca
eh,watak pembantu.
hahaha.
:DD
Post a Comment