17.2.11

. ekor .

Akhirnya. Entry ada kena mengena dgn tajuk. Bukan nak citer pasal ekor aku. Aku mana ada ekor laah.


OK.


Dulu. Masa aku darjah satu cam gi tu lah citer ini amek port. Aku suka "giler" makan "nasik hayam" (nasi ayam) kat satu kedai akak ni kat Wisma. Bila nak, aku suruh abah aku pergi beli. Time tu aku duduk JB.


Pada satu hari tu, tak silap hari khamis dan malam jumaat abah aku pun beli lah nasik hayam "feberet" kami ni. Mak aku pun suka. Tp aku tak tahu pulak lah abang aku suka ke tidak. tak pernah tanya.
Nasik hayam dah beli. Mak aku hidang. Aku xingat aku buat apa time tu. Tolong tengok je kot. Tehee.
Bila lauk nasik hayam dah dihidang (lauk nasik hayam : hayam, sambal merah dan sup) aku pun usha-usha lauk tu untuk makan malam. Telan-telan air liur di buatnya. 


Fakta: Sunat bunuh cicak malam Jumaat.


Aku x ingat abah aku buat apa time tu. Maybe tengah solat kot. Tapi aku tahu abang aku buat apa. Dia lastik cicak. Aku tahu. Aku ingat. Sebab aku follow-follow dia. Banyak kali dia shoot tapi tak kena. Suka aku tengok. Excited. 
"Paak.." tepat pada sasaran. Satu ekor cicak telah tumpas di tangan abang.
Woot woot. Berjaya!


Selang beberapa minit macam tu aku tak follow abang aku. Aku pergi mana tah. Lepas tu abah aku keluar dari bilik ajak makan. Aku pun sungguh la excited. Perut lapa. Terus aku pergi kat meja.
Aku tengok abang aku. Khusyuk lagi tu nak lastik cicak. Aku pun tengok ja. Aku dah duduk atas kerusi time tu. Abah masuk dapur basuh tangan. Mak ambik pinggan. 
Aku tengok abang aku lagi. Aku tengok cicak tu . Abang aku lastik. "Taap"..Kena! tapi tak mati. Huhu.
Aku tengok siling. Cicak tu lari laju. Ekor dia dah tak ada. 
Tak tertanya pulak aku ekornya ke mana.


..........


Lupa. Aku tak basuh tangan lagi. Aku masuk dapur. Basuh tangan. Aku keluar dari dapur. Perut aku dah tak tahan dah. Terus ceduk nasik dengan lauk.
Tiba-tiba..


"Plop..plop..plop"


"Bunyi apa tuh?" Tanya aku.


"Tu haa.."  Abang jawab, sambil tunjuk jari ke arah mangkuk sup.


" Haaah?! Jawab aku.


Eeuuwww. GELI. Aku tengok. Ekor cicak menari-nari dalam sup nasik hayam feberet. Rasa mcm nak muntah aku. Hilang selera. Aku makan jugak nasik hayam uh. Ye la dah lapa kan.  Tapi tak ingat habis ke tak.


Sampai sekarang aku ingat lagi kes ekor cicak uh. TRAUMA. Memang aku tak makan lepas tu sup terutama sekali sup nasik hayam. Jadi bila aku makan nasik hayam je dulu-dulu masa sekolah, mesti aku citer kat kawan-kawan aku. Motif? Entah. Tapi memang aku makan nasik hayam lepas tu tak akan ada la sup dengan aku. Confirm aku buang.


Tapi itu dulu. Masa aku darjah satu abang aku form six. Dah besar ni. Dah boleh telan dah. Dulu. Memang out.


..........


Aku tak tahu la abang aku punya version macam mana. Entah dia ingat ke tidak .Al-maklumlah, masa tu kan aku darjah satu abang aku form six. Citer dah "season" kaan. HAHA.


Sekian.

















13.2.11

Post jiwaang : tutup sebelah mata

Tutup sebelah mata 
minda kata buka
hati kata tutup.


Bila tutup sebelah mata
sebelah nampak sebelah tidak.
Bila minda kata buka
nafsu terus mengiya.
Dan bila, hati kata tutup
aku terus setuju.


Ya, terima kasih.kata hati.

28.1.11

dan lepas ni 1 minggu aku cuti .

" Kalau kau telan biji tembikai, nanti tembikai tumbuh di dalam perut kau, tapi bagus juga, nanti emak tak payah beli tembikai di pasar lagi, boleh petik terus dari dalam perut kau."

petikan daripada buku Stingarden -Sinaganaga


ok.


setart esok aku cuti
cuti CNY
oh, dan lagi satu bnda
assignmet aku pun cuti tak cuti
huh..
tu je nak bgtahu.










sekian .




...dan jika gambar berangan yg tiada kaitan diatas menganggu pandangan ,
sila abaikan ya. hee. 
terima kasih :')

21.1.11

. misi ke puncak .

Pening.
Itulah situasi aku ketika sedang menaip papan kekunci "lappy" ni. Hampir 3 minggu sudah aku melalui hari2 di segar amat ini. Kelas berjalan seperti biasa dan tiada ada apa-apa rasanya yg perlu dibicarakan tentang hal ini.


Misi ke puncak.
Tajuk secara tidak sengaja melarikan diri dari landasan. Tapi mungkin baris-baris seterusnya ada mengaitkan diri dengan tajuk post hari ini. Ok, aku mulakan cerita.


Semalam, telah aku catatkan nota yg menyatakan ada 4 assignment yg perlu aku uruskan sebelum due datenya diatas sehelai kertas A4 putih dan aku tmpalkan di soft board.
Aku terdiam.
Semuanya masih belum ada stimulation untuk aku memulakan perjalanan masing2 untuk ke "level" yg seterusnya. Kerja bertangguh. Itulah aku.


Aku terfikir...
Misi untuk ke puncak sepatutnya perlu aku perkukuhkan lagi secara "efisyen" supaya aku tidak akan terhuyung-hayang dengan anasir-anasir luar seperti ini ( eg: belog, tumblr, muka buku, etc. ) Aku patut sedar. Aku bukan nak ulang sejarah dahulu kala, bukan ?
Soalan: Adakah anda mahu pisang berbuah 2 kali ? 
Jawapan: Oh, absolutelynya tidak ! 


Maka, jika jawapannya begitu misi ke puncak harus diteruskan. Matlamat dasar mesti jelas dan anasir-anasir luar harus diketepikan seketika. yaah !  


Sekian.




"Speed is the new currency of business"

Misi ke puncak. ada kaitan kah ?

15.1.11

. huh .

ok fine, kad matrik aku kena rampas . 


"Sila ambil kad matrik kamu di UPK pada hari isnin nanti .." dan, kelas aku hari isnin pkul 8 pagi ye.bagus sgt laa kaaan . erk!



P/s: ...dan awk jd tukang subahat, kamu pula jd PATI . ok, dapat title baru. =='